Ahad

Sejarah SMK Bukit Sawa


Sekolah Menengah Bukit Sawa (SMBS) mula beroperasi pada 4 Januari 1970. Pembinaan bangunan sekolah ini dimulakan pada tahun 1969 di atas sebidang tanah yang pernah dijadikan kawasan percubaan pertanian oleh pemerintahan Jepun. Jenis tanaman yang diusahakan adalah ubi dan pokok buah-buahan seperti rambutan dan manggis.

Di dalam kawasan tersebut terdapat beberapa buah rumah kediaman pegawai-pegawai tentera Jepun. Dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa bangunan pertama bagi SM Bukit Sawa yang dibina pada tahun 1946 adalah bersebelahan dengan SMK Bukit Sawa sekarang. Bangunan tersebut pernah dijadikan rumah kediaman selama beberapa tahun. Selain daripada kawasan pertanian, tapak bangunan sekolah ini juga pernah dijadikan padang bola SM Bukit Sawa.

Haji Muda bin Abdul Rahman yang berjawatan Penghulu Mukim Bukit Payong ketika itu merupakan pengasas utama pembinaan SM Bukit Sawa. Kedudukan beliau sebagai Penghulu telah berperanan penuh bagi mempastikan penduduk beberapa buah kampung di bawah pentadbiran beliau diberikan kemudahan asas secukupnya terutama dalam bidang pelajaran. Beliau telah berjuang habis-habisan agar sebuah sekolah menengah didirikan di kawasan ini.

Akhirnya melalui pengaruh YB. Mohamad bin Haji Omar yang telah dipilih selama dua penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri hingga tahun 1969, sebuah sekolah menengah yang dinamakan sebagai SM Bukit Sawa telah dibina di kawasan ini dengan keluasan 6.879662 hektar. Dengan terbinanya SM Bukit Sawa yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu, dapatlah penduduk tempatan meneruskan kesinambungan pendidikan mereka. Kini, sekolah tersebut dikenali sebagai SMK Bukit Sawa.

SMK Bukit Sawa mula beroperasi pada tahun 1970 dan diberi taraf sekolah Gred B memulakan sesi persekolahan dengan kapasiti murid tingkatan satu seramai 70 orang yang ditempatkan di dua buah kelas bersama empat orang guru termasuk Pengetua. Cikgu Ahmad bin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengetua pertama sementara guru-guru lain ialah Cikgu Ismail bin Sulaiman, Cikgu Madharan Parasat dan Cikgu Mohamad bin Ismail.

Pelajar akan belajar di sini sehingga tingkatan tiga sahaja. Sementara untuk menyambung pelajaran ke tingkatan empat dan lima terpaksa bertukar ke SM Padang Midin, Kuala Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian: